Thursday, December 30, 2010

LAPOR DIRI



TUGAS DI TEMPAT BARU.
L/KPL.AZRUL HISHAM

AZRUL HISHAM B. PEAI dari Bn. 18 PGA Pengkalan Ulu, Perak.Bertuga sebagai jurukomunikasi hampir 7 tahun. dan mengikuti kursus  asas juruteknik Letrik/Radio selama setahun di Pusat Latihan Komunikasi, Kuching, Serawak. Melapor diri di Bn.19 PGA pada 29/12/2010 di Woksyop Komunikasi, sebagai juruteknik Komunikasi. 


PERJUMPAAN DENGAN KETUA WOKSYOP KOMUNIKASI.


            Perjumpaan diantara SM.Mustafa ketua Woksyop Komunikasi Bn.19 dengan anggota baru, bertampat di bilik ketua Woksyop, pada 29hb.Dis.2010. Beliau mengucapkan selamat datang  kepada L/kpl.Azrul Hisham dari Bn.18 PGA, Pengkalan Hulu, Perak.  Telah melapor  diri di Woksyop Batalionn.19 Pasukan Gerakan Am. Cheras, Selangor.
            Encik.SM.Mustafa menerangkan tugas-tugas yang dijalankan  anggota juruteknik  Woksyop       Komunikasi Bn.19 PGA, dan kawasan tanggongjawab yang perlu dilawati untuk pembaikan alat-alat
komunikasi, serta menyampaikan arahan-arahan  Batalion 19 dan peraturan Woksyop Komunikasi.


TAKLIMAT  PENOLONG KETUA WOKSYOP. 

                 Sjn.Masni sebagai Penolong Ketua Woksyop mengucapkan selamat menjalankan tugas  kepada L/Kpl.Azrul Hisham di Woksyop Komunikasi Bn.19 sebagai juruteknik komunikasi . Beliau juga memeriksa fail-fail peribadi yang dibawa oleh anggota  yang baru melapur diri di Woksyop Komunikasi Bn.19 PGA, serta menerangkan keanggotaan  dan tugas yang akan dijalankan.L/Kpl.Azrur Hisham diperkenalkan kepada anggota Woksyop Komunikasi.


 SESI PERKENALKAN DIRI ANGGOTA BARU.

L/Kpl.Azrul Hisam baru melapor diri di Woksyop Komunikasi Batalion 19 PGA, serta memperkenalkan diri kepada anggota Woksyop Komunikasi juga menjawab soalan-soalan yang ditanya.Dari hal tugas di tempat lama dan hal peribadi, dengan ini merapatkan hubungan persahabat dalam tugas harian.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment